Sabtu, 19 Maret 2011

♥♥ Merenung tiap detik ♥♥

Disaat Malam tiba. Diri merenung setiap peristiwa yang dialami. Terasa benar-benar berat sehinggakan merasakan tidak mampu untuk memikul lagi.. YA ALLAH mohon kuatkan tabahkan diri.. Sesungguhnya aku hanya insan kerdil yang tidak mampu YA ALLAH.. Berfikir lagi dalam kesempatan mengikuti irama pendulum kehidupan. Kegembiraan dan kesedihan datang silih berganti. Banyak hal yang tidak pernah dimengerti, tidak pernah di fikirkan, tidak pernah sesekali di bayangkan… Kegembiraan disambut dengan penuh suka cita dan kesedihan selalu disambut dengan air mata.

Terkadang hanya memilih datangnya kegembiraan dan menolak datangnya kesedihan. Padahal kesedihan juga datangnya dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala sebagai wujud kasih sayangNya kepada kita. sebab dengan kesedihan Allah berkenan mengampuni dosa-dosa yang pernah lakukan. Sabda Nabi Muhammad SAW yang mengingatkan bahawa…

‘Tidak seorang muslim menderita kerana kesedihan, kedukaan, kesusahan, kepayahan, penyakit dan gangguan duri yang menusuk tubuh kecuali dengan itu Allah mengampunti dosa-dosanya’ (HR. Bukhari).

Cuba mengerti dan fahami, semua kesedihan akan mudah di hadapi dengan lapang dada. Jika menerima disetiap kesedihan yang hadir pada diri dengan senyuman maka butiran-butiran air mata yang menitis menjadi titik-titik mutiara yang begitu indah. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

‘Janganlah engkau bersikap lemah dan jangan pula engkau bersedih hati. Padahal engkaulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika engkau termasuk orang-orang yang beriman.’ (QS. Ali Imran: 139).

Apa yang perlu di ingat setiap datangnya musibah, ujian, kesedihan dengan senyuman sebab orang-orang yang darjatnya paling tinggi Allah menjanjikan hal-hal yang lebih baik dalam kehidupan sebagai pengganti kesedihan yang sedang alami pada saat ini.

Kisah yang sudah
dalam sepi masih berbunga
dalam balam tetap bernyawa
tidak pernah pupus.
Bahangnya membakar hati yang makin luluh itu,
hingga merah kembali.

Biji tasbih berjalan,
jari merah itu tidak jemu.
Letih sudah mulut menguak,
terus terkumat kalimah “La ila ha illallah” .
Semakin bosan tikar melihatnya,
semakin bertambah gelap dahi.
Kekuatan harus dicari,
kerana dia tahu,
pelurus tulang bengkoknya semakin pergi,
tiada yang menemani.

Kerana hemah terlalu dalam,
sabar akan segala,
ayahda bonda setenang jiwa,
Rabb menjadi teman,
dan kami tumbuh dewasa,
dari tangan yang berbeza.

Doa mak dan ayah menyentuh kalbu
Memberi sahdu dikehidupanku yang haru
Aku malu dan tidak tahu
Betapa pengobananmu penuh luka & biru

Mak ayah maafkan ampunkan salah silap anakmu
Aku berjanji akan membahagiakan
Dengan segenap jiwa ragaku
Untuk satu tujuan hidupku

Mak ayah doakan anakmu
doamu selalu ada dalam denyut nadiku

juga degupan jantungku

Mak ayah, redhailah jalanku
Redhamu memberikan kemudahan dalam hidupku

YA ALLAH, ampuni dosa-dosa ayahda juga bondaku
Orang yang telah melahirkanku, yang telah membimbingku.. membesarkan ku..
YA ALLAH, masukkanlah ayahda dan bondaku kedalam surgamu
Orang yang telah berjuang untuk hidupku
Hidup ini terasa lengkap dengan kehadir kalian
SYUKUR YA Allah yang mendatangkan mak dan ayah menemaniku
Kufikir ia tanda kasih-Nya yang mendodoi kalbu
Sukar kutafsirkan tetapi itulah yang berlaku
Kulihat ayahda bonda amat sederhana
Nasihat-nasihat sentiasa memanah jiwaku
Kadangkala berjujuran air mata membaca bicara
Terasa terjaga dari lena alpa dengan suara


Di setiap seusai solat ku berdoa
Agar Allah sentiasa melimpahkan kasih-Nya tak kunjung putus
Buatmu ayahda jufa bonda yang berhati mulus
moga sentiasa dalam Redha ALLAH
YA ALLAH
Sujudku tidak pernah putus
Yang memberikanku dikau wahai ayah dan mak
Lindungilah mereka
Tabahkan mereka
kuatkan mereka
lapangkan fikiran
tenangkan hati….
Semoga Allah mencintai ayahda bondaku
Melebihi luas cintaku
Kepadamu wahai Mak Ayah…

Tidak ada komentar:

Posting Komentar